Assalamualaikum w.b.t buat semua keluarga PERMATA sekalian, lanjutan dari kes serangan pelajar Jordan di Maarad Thaqafi semalam telah mengakibatkan beberapa kesan besar terhadap pelajar wafidin Universiti Mu’tah, antaranya:
- Salah seorang pelajar Yaman patah kaki
- Beberapa orang pelajar wafidin yang lain cedera
- Kerugian harta benda negara-negara yang menyertai Maarod Thaqafi
Peringkat kepimpinan wafidin memandang berat perkara ini dan meminta pihak universiti bertanggungjawab di atas perkara yang berlaku. Oleh itu, kepimpinan wafidin memutuskan untuk mengadakan protes dengan TIDAK menghadiri kelas pada esok hari.
Saya bersetuju dengan protes ini dan memberi pilihan kepada warga PERMATA untuk hadir ke kelas atau sebaliknya. HARAPAN saya agar kita semua bersepakat dalam protes ini. Memorandum susulan akan dihantar dari kepimpinan wafidin kepada pihak universiti.
Sekian, wassalam.
[ KITA BERSAMA MENUNTUT KEADILAN ]



